..............


NOTE:Pada sesiapa yang dah bayar tapi status BOOKED masih belum ditukar kepada SOLD sila inform siti ye. Make sure e-mail siti bukti payment selepas membuat pembayaran ^^_.Pada sesiapa yang ada excess payment juga, mintak inform
Klik Kat Iklan ^_^

Tuesday, February 8, 2011

Thursday, February 3, 2011

Contest Bergaya dengan Dress

Salam sayang semua, lately I have notice most of dresskami customer sangat la pandai bergaya dan berfashion belaka ^_^ hihi cik siti pun kagum, oleh itu hari ini for the first time dresskami menganjurkan contest terbuka pada sesiapa sahaja yang nak share gaya korang. Ini open tau kalau ada gambar dinner lama-lama ke , gambar wedding pakai dress ke or just gambar santai-santai pun boleh join :)

Terbuka kepada semua blogger & Pemilik Facebook

1. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak,remaja, dewasa, pun boleh sertai . Tinggal di Malaysia / (luar Negara pun boleh dengan syarat anda beri alamat Malaysia ).

2. Anda hanya perlu upload gambar (satu/lebih) bergaya memakai dress dan letak kan tema untuk gambar contoh vintage,retro,wedding, stylo,santai ,dinner ,princess , kiut, suka-suki dll .

3. Untuk Blogger anda perlu Follow blog http://dresskami.blogspot.com/ , buat simple entri berkaitan contest ,letakkan banner side bar di atas yang terus link dengan contest ini di blog anda^_^.

4. Untuk Penyertaan melalui FB just upload gambar di fb : wat entri ringkas contest dan letakkan link contest ini di keterangan gambar & anda perlu suggest kan fb dresskami kepada 25 rakan anda ^_^ .

5. Tarikh tutup 28 Feb 2011 & Jangan lupe untuk tinggalkan link dan e-mail anda disini.

6. Untuk kategori blogger pemenang akan dipilih oleh pengurusan dresskami, manakala penyertaan fb pihak kami akan bukak satu folder gambar perserta untuk di vote pada 15-28 hb nanti :)

7.Terdapat 2 kategori (blog/Fb) , Pemenang akan menerima Satu Dress Dinner dari Dresskami_boutique (mengikut saiz anda) ,satu camisole cantik , Klip Ribon cumel dan 3 helai shawl Dari Sofia Aflah Tudung .

MARI JOIN RAMAI-RAMAI & AJAK KAWAN-KAWAN SEKALI

Thursday, January 27, 2011

Dresskami_boutique Promo


Salam sayang kepada semua pelanggan Dresskami tersayang ^_^. Insyallah akan datang kami akan buka sebuah lagi blog Dresskami_boutique. Target kami untuk memberi peluang kepada customer yang sedang mencari pakaian untuk dinner ,terutamanya stock pakaian bertema seperti Retro&Vintage&Evening Dress yang jarang ditemui sekarang ni dengan harga yang mampu milik .Selain itu dress yang berkualiti juga akan dijual disini, so pada sesiapa yang tak berpeluang membeli di blog ini boleh la lawati blog dresskami_boutique nanti ye :)

Selain itu kami juga ingin meringankan beban bakal pengantin untuk menyewa/membeli pakaian pengantin .Of course la baju penggantin mesti la nak yang meletop dan liplap gitu kan.^_^ . Mengikut pengalaman rakan-rakan dan sedara yang sudah berkahwin, Nak sewa baju sepasang kat kedai harga hamboii (range RM380-RM1600 gitu) kalau baju baru jangan cakap la 4 meter kain dah RM800/1000 belum masuk upah jahit lagi tu. Melalui Dresskami_boutique kami menjual dress pengantin sama/lebih murah dari baju sewa. Boleh pakai untuk acara potong kek/ Photoshoot outdoor korang nanti , lepastu bajunye korang leh pas kat sedara-mara tak pun bleh jual balik ^_^.. hehe jimat tak ?... lagi satu kalau korang beli dari kami of couse la korang the one & only yang pakai baju tu kat Malaysia kan. Exclusive tau !

Monday, December 13, 2010

New Seasons

Bermula Publish Esok Kami akan kelurakan Stock Baru , Summer Dress.. sangat Sesuai dengan cuaca di Negara kita ni :P . Semua warna ceria-ceria dan design cantik. Siti dah ready berkotak-kotak dress untuk di publish seminggu 2 kali insyallah. Terima Kasih atas sokongan anda semua terhadap dresskami ^_^ Align Centre

Sunday, December 12, 2010

DRESSKAMI MENJUAL PAKAIAN BUNDLE WANITA

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan setia Dresskami atas sokongan dan kesudian menyertai ruangan ini ^_^ Sayang korang banyak-banyak tau . Pada yang masih berminat? masih boleh hantar testimoni/gambar dan kongsi kegembiraan anda bersama dresskami, hadiah ada banyak lagi siti dah prepare untuk pelanggan-pelanggan tersayang :)
Jom Joint ramai-ramai (-__-)

NAMA: MYNN
1) Saya suka pakai baju cantik-cantik. 2) Dresskami banyak baju cantik-cantik. 3) nanti saya jadi cantik. HAHA..4) Bila da cantik, bole amek gamba cantik-cantik 5) Dresskami memang cantik!!


NAMA: NORSYAZWANI
Dresskami , harga yang berpatutan dan vouge sekali, fabrik yang high kualiti.Tak Percaya? Tengok pic saya ni. Saya telah memakai baju ini pada dinner fakulti.kawan-kawan saya kata I look like Cinderella. :)


NAMA: MICHA
Dresskami, boleh dapat baju chantek-chantek dengan harga murah,quality setakat ini Sangat Okey...^ ^


NAMA : NORLIZZA
Dresskami mempunyai pilihan yg menarik and terkini. Dresskami juga sesuai untuk wanita yang bertudung dan menutup aurat. Servis dan layanan baik yang diberi oleh pihak dresskami juga amat dipuji.


NAMA : NUR ADZILAH
baju yang dijual kebanyakannya sangat cantik dan mudah digayakan dengan tudung. baju berkualiti dan harga berpatutan.


NAMA: SITI HALIJAH
Dresskami menjimatkan masa saya dan penghantaran di buat secara terus kepada pelanggan. Dress juga bersih dan wangi haruman yer walaupon berstatus bundle,corak yang menarik serta harga yang berpatutan sekali.


NAMA: HANANI
"red is gorgeous"
Saya suka membeli belah di dresskami kerana harganya yang berpatutan dan coraknye yang cantik, fitting yang kiut miut...dan servis yang cepat.good job siti!berbaloi-baloi... =)


NAMA:MANISAH
dress dari BBD nya menepati cita rasa saya sebagai muslimah yang bertudung. perkhidmatan yang diberi juga sangat memuaskan. thumbs up kepada krew BBD :)



NAMA: NUR EZZATTIE
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Selain itu, baju yang dijual dijamin bersih dan selamat untuk dipakai apabila tiba di tangan pengguna.Tambahan pula, design baju yang amat menarik hati dan yang terkini..

Azwa mmg suka sopping kt BBD,so glad dpt jumpa siti and nazim jual dress vintage yg affordable and cantek :)

Thursday, November 11, 2010

Alyasya Collection

BAJU KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN SERENDAH RM10 SAHAJA!!!

hi semua :) today siti nk promote sikit my friends blogshop yang baru dirasmikan 13nov ni. So sempena pembukaan ni ada special promotion tau. Baju semua kulaliti dan murah-murah compare beli kat kedai . So sesiapa yang ada anak-anak, sepupu ke anak buah kalau nak bagi gift baju yang cantik boleh la visit blogshop ni

http://alyasyababycollection.blogspot.com/

Bagi baju kanak2 perempuan yg berumur dari 1 tahun hingga 3 tahun,kalau tengok banyak pilihan corak & warna yang menarik yang penting material yg digunakan adalah kain cotton yg sejuk dan selesa …=) siti sendiri pernah survey harga kat pasaraya terkemuka , sebijik macam yang myfrens jual ni tapi dia jual lagi murah dan kualiti dijamin ^^.


Set baju kanak2 lelaki juga sangat menarik dan kelihatan sporty & kasual apabila memakainya. Harganya pula serendah RM18

Mari ramai2 visit & shopping diblog ini ..

Sunday, July 11, 2010

Transform your Vintage Dresses

check this out!! its AWESOME ,
dapatkan inspirasi untuk mengayakan dress vintage yang anda beli di dresskami.blogspot.com


Transform your Dress



Style Series: Vintage Dresses



Vintage Vogue

Mahu bergaya dengan Dress anda?



1. Lets plays with colour, warna memang memainkan peranan untuk tonjolkan warna baju. Sesekali kenakan warna yang kontra dengan warna Dress supaya lebih menyerlah. (merah-biru ke? Glamor u..)

Dress Warna Plain

2.Masih boleh memakai dress walaupun anda bertudung?.Dress labuh boleh digayakan dengan legging,tight,jeans, atau stoking panjang yang menampakan si pemakai bergaya sopan.Masa kini terdapat pelbagai pilihan selendang ,shawl, dan tudung yang boleh digayakan dengan dress anda.

Dress bercorak bunga


3. Aksesoris juga memainkan peranan penting untuk nampak lebih menarik elegan,dan bergaya . Tips membeli aksesori seperti belt dan rantai : untuk lebih selamat pilih aksesori berwarna evergreen seperti hitam,chocolate,krim,pink yang anda boleh gayakan dengan banyak baju.


4.
Dress bercorak dan berwarna-warna ceria seperti pink,kuning,hijau sesuai untuk aktiviti santai seperti windowshop,jalan-jalan dan berkelah ,berbanding dress plain yang berwarna hitam,krim dan putih yang nampak lebih casual yang sesuai dipakai ke tempat kerja.


Dress kotak-kotak

5. Untuk Dress bercorak , sesuai dipadankan dengan aksesori yang berwarna plain.Bagi Dress plain boleh digayakan aksesori bercorak atau yang mempunyai warna contra. (sebenarye ikut atas kesesuaian pemakaian, kalau agak-agak kena tu bedal je)


'SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA'

Saturday, July 10, 2010

Tips bergaya dengan dresskami.blogspot.com

Assalamualaikum, salam hujung minggu buat pengunjung setia dresskami.blogspot.Hari ni siti nak share tips-tips untuk menggayakan dress yang anda beli dari dresskami untuk nampak lebih elegan,bergaya,esklusif, dan menawan(cheh).

ni contoh dress warna plain yang boleh didapati di dresskkami.blogspot
(memang banyak stok dress plain lagi untuk korang semua :)


okey sebab baju plain, so kita bleh gayakan dengan aksesori tambahan contohnya tali pinggang ,rantai,gelang,dan selendang. Untuk nampak lebih mewah gayakan dengan satu rantai besar atau satu gelang besar atau cincin besar atau earing besar /panjang.(satu je tau.. kalau semua besar nampak crowded). Handbag pun bleh tukar-tukar ikut event.

nak nampak girlie, boleh tukar inner warna lembut-lembut macam pink,oren atau krim. untuk nampakkan pinggang yang ramping pakai belt yang v-Shape. Nak nampak simple just kenakan rantai je pun dah nampak cumel.

kebanyakkan dress dari dresskami memang labuh, bagi yang nak potong pun okey. Jadikan minidress,upah potong selalunya kat kedai dalam RM2 je dicharge. Kalau pandai jahit lagi cun .Gambar diatas contoh dress yang sama tapi siti dah potong bagi pendek. Sekarang tengah trend minidress , lebih simple,convenient dan boleh digayakan ke mana-mana.

'SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA'