..............


NOTE:Pada sesiapa yang dah bayar tapi status BOOKED masih belum ditukar kepada SOLD sila inform siti ye. Make sure e-mail siti bukti payment selepas membuat pembayaran ^^_.Pada sesiapa yang ada excess payment juga, mintak inform
Klik Kat Iklan ^_^

Saturday, July 10, 2010

Tips bergaya dengan dresskami.blogspot.com

Assalamualaikum, salam hujung minggu buat pengunjung setia dresskami.blogspot.Hari ni siti nak share tips-tips untuk menggayakan dress yang anda beli dari dresskami untuk nampak lebih elegan,bergaya,esklusif, dan menawan(cheh).

ni contoh dress warna plain yang boleh didapati di dresskkami.blogspot
(memang banyak stok dress plain lagi untuk korang semua :)


okey sebab baju plain, so kita bleh gayakan dengan aksesori tambahan contohnya tali pinggang ,rantai,gelang,dan selendang. Untuk nampak lebih mewah gayakan dengan satu rantai besar atau satu gelang besar atau cincin besar atau earing besar /panjang.(satu je tau.. kalau semua besar nampak crowded). Handbag pun bleh tukar-tukar ikut event.

nak nampak girlie, boleh tukar inner warna lembut-lembut macam pink,oren atau krim. untuk nampakkan pinggang yang ramping pakai belt yang v-Shape. Nak nampak simple just kenakan rantai je pun dah nampak cumel.

kebanyakkan dress dari dresskami memang labuh, bagi yang nak potong pun okey. Jadikan minidress,upah potong selalunya kat kedai dalam RM2 je dicharge. Kalau pandai jahit lagi cun .Gambar diatas contoh dress yang sama tapi siti dah potong bagi pendek. Sekarang tengah trend minidress , lebih simple,convenient dan boleh digayakan ke mana-mana.

'SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA'