..............


NOTE:Pada sesiapa yang dah bayar tapi status BOOKED masih belum ditukar kepada SOLD sila inform siti ye. Make sure e-mail siti bukti payment selepas membuat pembayaran ^^_.Pada sesiapa yang ada excess payment juga, mintak inform
Klik Kat Iklan ^_^

Monday, December 13, 2010

New Seasons

Bermula Publish Esok Kami akan kelurakan Stock Baru , Summer Dress.. sangat Sesuai dengan cuaca di Negara kita ni :P . Semua warna ceria-ceria dan design cantik. Siti dah ready berkotak-kotak dress untuk di publish seminggu 2 kali insyallah. Terima Kasih atas sokongan anda semua terhadap dresskami ^_^ Align Centre

Sunday, December 12, 2010

DRESSKAMI MENJUAL PAKAIAN BUNDLE WANITA

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan setia Dresskami atas sokongan dan kesudian menyertai ruangan ini ^_^ Sayang korang banyak-banyak tau . Pada yang masih berminat? masih boleh hantar testimoni/gambar dan kongsi kegembiraan anda bersama dresskami, hadiah ada banyak lagi siti dah prepare untuk pelanggan-pelanggan tersayang :)
Jom Joint ramai-ramai (-__-)

NAMA: MYNN
1) Saya suka pakai baju cantik-cantik. 2) Dresskami banyak baju cantik-cantik. 3) nanti saya jadi cantik. HAHA..4) Bila da cantik, bole amek gamba cantik-cantik 5) Dresskami memang cantik!!


NAMA: NORSYAZWANI
Dresskami , harga yang berpatutan dan vouge sekali, fabrik yang high kualiti.Tak Percaya? Tengok pic saya ni. Saya telah memakai baju ini pada dinner fakulti.kawan-kawan saya kata I look like Cinderella. :)


NAMA: MICHA
Dresskami, boleh dapat baju chantek-chantek dengan harga murah,quality setakat ini Sangat Okey...^ ^


NAMA : NORLIZZA
Dresskami mempunyai pilihan yg menarik and terkini. Dresskami juga sesuai untuk wanita yang bertudung dan menutup aurat. Servis dan layanan baik yang diberi oleh pihak dresskami juga amat dipuji.


NAMA : NUR ADZILAH
baju yang dijual kebanyakannya sangat cantik dan mudah digayakan dengan tudung. baju berkualiti dan harga berpatutan.


NAMA: SITI HALIJAH
Dresskami menjimatkan masa saya dan penghantaran di buat secara terus kepada pelanggan. Dress juga bersih dan wangi haruman yer walaupon berstatus bundle,corak yang menarik serta harga yang berpatutan sekali.


NAMA: HANANI
"red is gorgeous"
Saya suka membeli belah di dresskami kerana harganya yang berpatutan dan coraknye yang cantik, fitting yang kiut miut...dan servis yang cepat.good job siti!berbaloi-baloi... =)


NAMA:MANISAH
dress dari BBD nya menepati cita rasa saya sebagai muslimah yang bertudung. perkhidmatan yang diberi juga sangat memuaskan. thumbs up kepada krew BBD :)



NAMA: NUR EZZATTIE
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Selain itu, baju yang dijual dijamin bersih dan selamat untuk dipakai apabila tiba di tangan pengguna.Tambahan pula, design baju yang amat menarik hati dan yang terkini..

Azwa mmg suka sopping kt BBD,so glad dpt jumpa siti and nazim jual dress vintage yg affordable and cantek :)

Thursday, November 11, 2010

Alyasya Collection

BAJU KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN SERENDAH RM10 SAHAJA!!!

hi semua :) today siti nk promote sikit my friends blogshop yang baru dirasmikan 13nov ni. So sempena pembukaan ni ada special promotion tau. Baju semua kulaliti dan murah-murah compare beli kat kedai . So sesiapa yang ada anak-anak, sepupu ke anak buah kalau nak bagi gift baju yang cantik boleh la visit blogshop ni

http://alyasyababycollection.blogspot.com/

Bagi baju kanak2 perempuan yg berumur dari 1 tahun hingga 3 tahun,kalau tengok banyak pilihan corak & warna yang menarik yang penting material yg digunakan adalah kain cotton yg sejuk dan selesa …=) siti sendiri pernah survey harga kat pasaraya terkemuka , sebijik macam yang myfrens jual ni tapi dia jual lagi murah dan kualiti dijamin ^^.


Set baju kanak2 lelaki juga sangat menarik dan kelihatan sporty & kasual apabila memakainya. Harganya pula serendah RM18

Mari ramai2 visit & shopping diblog ini ..

Sunday, July 11, 2010

Transform your Vintage Dresses

check this out!! its AWESOME ,
dapatkan inspirasi untuk mengayakan dress vintage yang anda beli di dresskami.blogspot.com


Transform your Dress



Style Series: Vintage Dresses



Vintage Vogue

Mahu bergaya dengan Dress anda?



1. Lets plays with colour, warna memang memainkan peranan untuk tonjolkan warna baju. Sesekali kenakan warna yang kontra dengan warna Dress supaya lebih menyerlah. (merah-biru ke? Glamor u..)

Dress Warna Plain

2.Masih boleh memakai dress walaupun anda bertudung?.Dress labuh boleh digayakan dengan legging,tight,jeans, atau stoking panjang yang menampakan si pemakai bergaya sopan.Masa kini terdapat pelbagai pilihan selendang ,shawl, dan tudung yang boleh digayakan dengan dress anda.

Dress bercorak bunga


3. Aksesoris juga memainkan peranan penting untuk nampak lebih menarik elegan,dan bergaya . Tips membeli aksesori seperti belt dan rantai : untuk lebih selamat pilih aksesori berwarna evergreen seperti hitam,chocolate,krim,pink yang anda boleh gayakan dengan banyak baju.


4.
Dress bercorak dan berwarna-warna ceria seperti pink,kuning,hijau sesuai untuk aktiviti santai seperti windowshop,jalan-jalan dan berkelah ,berbanding dress plain yang berwarna hitam,krim dan putih yang nampak lebih casual yang sesuai dipakai ke tempat kerja.


Dress kotak-kotak

5. Untuk Dress bercorak , sesuai dipadankan dengan aksesori yang berwarna plain.Bagi Dress plain boleh digayakan aksesori bercorak atau yang mempunyai warna contra. (sebenarye ikut atas kesesuaian pemakaian, kalau agak-agak kena tu bedal je)


'SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA'

Saturday, July 10, 2010

Tips bergaya dengan dresskami.blogspot.com

Assalamualaikum, salam hujung minggu buat pengunjung setia dresskami.blogspot.Hari ni siti nak share tips-tips untuk menggayakan dress yang anda beli dari dresskami untuk nampak lebih elegan,bergaya,esklusif, dan menawan(cheh).

ni contoh dress warna plain yang boleh didapati di dresskkami.blogspot
(memang banyak stok dress plain lagi untuk korang semua :)


okey sebab baju plain, so kita bleh gayakan dengan aksesori tambahan contohnya tali pinggang ,rantai,gelang,dan selendang. Untuk nampak lebih mewah gayakan dengan satu rantai besar atau satu gelang besar atau cincin besar atau earing besar /panjang.(satu je tau.. kalau semua besar nampak crowded). Handbag pun bleh tukar-tukar ikut event.

nak nampak girlie, boleh tukar inner warna lembut-lembut macam pink,oren atau krim. untuk nampakkan pinggang yang ramping pakai belt yang v-Shape. Nak nampak simple just kenakan rantai je pun dah nampak cumel.

kebanyakkan dress dari dresskami memang labuh, bagi yang nak potong pun okey. Jadikan minidress,upah potong selalunya kat kedai dalam RM2 je dicharge. Kalau pandai jahit lagi cun .Gambar diatas contoh dress yang sama tapi siti dah potong bagi pendek. Sekarang tengah trend minidress , lebih simple,convenient dan boleh digayakan ke mana-mana.

'SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA'

Tuesday, June 22, 2010

HOW TO ORDER??

Tempahan melalui dresskami macam mana??



Salam dari siti :)

First of all thanx a lot kepada semua customer tersayang dan kawan-kawan yang support business siti. Personally siti sangat teruja,terharu dan exited dengan sambutan korang. SAYANG KORANG BANYAK2 tau (-__-).Terima kasih pada semua customer dan kawan-kawan yang banyak bagi suggestion yang bagus-bagus sekali. Thanx Semua :)


with love,
dresskami.blogspot.com



T&C DRESSKAMI

1. First come first serve. Tempahan boleh sehingga 2 hari sahaja , kalau lebih kami akan bukak pd customer lain yang berminat secara automatik/tanpa notis.(TAKE NOTE!!)

2. Barangan tidak boleh dibuat penukaran atau dikembalikan setelah pembayaran dibuat. Saiz yang dinyatakan adalah anggaran siti dan baju yang dijual tidak termasuk aksesori.


3. Harga yang terpapar . tidak termasuk postage fees dresskami tidak bertanggungjawap keatas kehilangan dan kerosakan semasa penghantaran.

4. Penghantaran dibuat pada setiap hari isnin Pagi dan ,menggunakan POSLAJU SAHAJA. Siti akan hantar dress yang telah dibayar selewat-lewatnya pada Ahad malam pada minggu yang sama sahaja.


5. Anda wajib meberi bukti pembayaran melalu e-mail, selepas pembayaran dibuat. Pembayaran tanpa bukti tidak akan dilayan.
6. BACKOUT Buyer akan di BLACKLIST tau. So sebelum oder confirm dulu ye? Boleh kan?

7. Pihak Dresskami akan cuba membalas e-mail anda dalam tempoh 48 jam.

Monday, June 21, 2010

21 june

INTRODUCTION

Bundle Dress kami di import dari oversea. Secara amnya bundle adalah pakaian terpakai atau pakaian baru yang untuk clearance stock( siap ada tagging lagi) dari negara luar yang dibungkus didalam guni , sebab tu la dipanggil bundle.

Sedia maklum bundle ni ada "bau bundle" , yang datang dari bahan kimia yang digunakan untuk membasmi kuman dan menghindari penyakit. So tak perlu risau dengan hygiene.Untuk meningkatkan sistem kebersihan bundle kami dicuci dahulu menggunakan sabun berkualiti sebelum sampai kepada pengguna.

ADVANTAGE

Dress ni sesuai untuk pergi dinner,party,dating, travelling dan ada yang sesuai ke tempat kerja. So macam nak pergi dinner or party yang ikut tema, selalunya kita berhabis beratus ringgit tp pakai skali je, kami memahami keadaan ini (chewaaah, ex student punye experience). Jadi di dresskami.blogspot korang boleh beli dress yang cantik dengan harga yang murah and the best of it, who knows ur wearing bundle unless u told right?

Lagi satu sebab dress ni di import, jadi hampir mustahil korang jumpa orang yang pakai baju yang sama. Selalunya untuk satu dress je korang berhabis lebih 50ringgit, kat sini korang boleh dapat 4-5 helai baju.

'PAY LESS FOR MORE'





OWNER BACKGROUND







Kami menjalankan Perniagaan Usahasama: Mohamad Nazim bin Nazri Lim(23) dan Siti Soleha bt Md Salleh (23), meniaga Online sebagai kerja sambilan kerana minat sangat mendalam kami dalam dunia perniaggan. Selain mengisi masa lapang ,kami sangat gembira dan berbesar hati dapat menjual sesuatu yang mampu dimiliki semua golongan disamping memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan kami .Kami juga berhasrat untuk membesarkan lagi perniaggan ini dengan doa dan sokongan anda semua. Sekian Salam Sayang dari Team Dresskami :)